Sony Tidak Menyokong Backwards Compatibility Pada PlayStation 4 Kerana “Ia Tidak Selalu Digunakan”

Sony Tidak Menyokong Backwards Compatibility Pada PlayStation 4 Kerana “Ia Tidak Selalu Digunakan”

Diterbitkan pada June 6, 2017 oleh .

Satu fungsi yang membezakan konsol PlayStation 4 dan Xbox One ialah fungsi sokongan permainan dari konsol terdahulu hanya muncul pada konsol buatan Microsoft. Fungsi backwards compatibility ini ialah antara fungsi yang paling diinginkan oleh pemilik PS4 yang mungkin masih mahu memainkan permainan PS3 lama yang tidak lagi dimiliki.

CEO PlayStation Eropah Jim Ryan mendedahkan sebab utama mengapa fungsi ini masih tidak disokong. Menurut beliau walaupun diminta oleh ramai pengguna, fungsi ini dikatakan tidak akan selalu digunakan. Pada waktu yang sama beliau berkata grafik permainan pada konsol PS2 dan PS1 kelihatan kuno dan merasakan tiada pemilik PS4 ingin memainkannya pada konsol terkini mereka.

Komen yang menarik dari beliau tetapi kami sebagai peminat PlayStation merasakan jauh tersasar. Kami ingin memainkan semula koleksi permainan Metal Gear Solid, Tekken 3, WWF Smackdown dan Silent Hill  edisi PS1 kami pada konsol PS4. Jika kami mahu memainkannya sekarang, kami perlu membelinya semua dari PlayStation Store dan ini adalah membazir wang. Konsol PlayStation 1 kami sudah lebih sedekad rosak dan koleksi CD original kami kini hanya mengutip debu.


TIPS & ULASAN