Western Digital Bakal Melancarkan SSD WD Blue 3D Dan SanDisk Ultra 3D Menggunakan Teknologi 3D NAND

Western Digital Bakal Melancarkan SSD WD Blue 3D Dan SanDisk Ultra 3D Menggunakan Teknologi 3D NAND

Diterbitkan pada June 6, 2017 oleh .

Syarikat pembuat perkakasan storan digital Western Digital nampaknya kini sedang rancak melancarkan produk-produk baru, dan tekini, syarikat tersebut baru sahaja mengumumkan kehadiran dua buah SSD terbaru – WD Blue 3D dan juga SanDisk Ultra 3D.

SSD WD Blue 3D hadir dengan teknologi NAND 3D 64 lapis terbaru dari Western Digital, dan penggunaannya memberikan dua kelebihan berbanding banyak SSD lain di pasaran sekarang. Pertama ialah kehadiran jumlah storan yang agak besar, yang hadir dalam nilai storan 250GB, 500GB, 1TB dan juga 2TB yang mempunyai nilai MTBF (Mean Time Before Failure) selama 1.75 juta jam. SSD WD Blue 3D ini hadir dalam rekaan 2.5 inci yang tradisional, dan juga rekaan M.2 SATA yang lebih kecil.

Bagi penggemar permainan komputer pula, pihak SanDisk hadir dengan SanDisk Ultra 3D SSD yang menggunakan NAND 3D 64 lapis yang sama yang digunakan di dalam SSD WD Blue 3D. Sama seperti SSD sebelum ini juga, SanDisk Ultra 3D ini hadir dengan storan 250GB sehinggalah 2TB. Akan tetapi, SSD ini hanya akan hadir dalam rekaan 2.5 inci sahaja.

Kedua-dua produk ini mempunyai kelajuan pengalihan data (baca dan tulis) 560MB/s dan 530MB/s, dan akan hadir dengan waranti selama tiga tahun. Kesemua SSD-SSD ini, WD Blue 3D dan juga SanDisk Ultra 3D akan hadir pada suku ketiga tahun ini pada harga $99.99 (RM422.78).


TIPS & ULASAN