OnePlus 5 Bakal Dilancarkan Pada 20 Jun – Gambar OnePlus 5 Tertiris

OnePlus 5 Bakal Dilancarkan Pada 20 Jun – Gambar OnePlus 5 Tertiris

Diterbitkan pada June 7, 2017 oleh .

Bagi kebanyakkan peminat gajet, mungkin anda sedia mengenali jenama OnePlus, dan mungkin juga ternanti-nanti akan peranti mereka akan datang yang bakal dinamakan OnePlus 5. Buat masa ini, ia diketahui yang mana OnePlus 5 bakal menggunakan dwi-kamera belakang, selain pada masa yang sama dilengkapi cip pemprosesan berkuasa terkini, iaitu Snapdragon 835.

Selepas menjadi tanda tanya bilakah telefon pintar terbaru mereka akan dilancarkan, hari ini OnePlus mengesahkan yang mana ia bakal dilancarkan pada 20 Jun 2017 kelak. Seperti biasa, OnePlus dijangka berkongsi lanjut mengenai apakah yang akan dibawakan oleh peranti berkenaan pada tarikh berkenaan.

OnePlus 5

Dan selari dengan pengumuman tarikh pelancaran berkenaan, hari ini juga sebuah gambar hadir tertiris daripada AndroidPolice, memperlihatkan bagaimana telefon OnePlus 5 berkenaan akan kelihatan kelak.

Melalui gambar ini, ia memperlihatkan yang mana selain dwi-kamera, OnePlus juga akan mengekalkan penggunaan butang mute pada bahagian tepi seperti sebelum-sebelum ini.

Mungkin dengan tarikh 20 Jun 2015 yang semakin hampir, kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran OnePlus 5 ini secara rasmi, atau daripada pelbagai ketirisan baru kelak.


TIPS & ULASAN