WhatsApp Untuk iPhone Menambah Sokongan Perkongsian Gambar Dalam Bentuk Album

WhatsApp Untuk iPhone Menambah Sokongan Perkongsian Gambar Dalam Bentuk Album

Diterbitkan pada June 7, 2017 oleh .

WhatsApp, aplikasi permesejan popular di seluruh dunia dan kini dimiliki oleh Facebook ini, hari ini telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru pada aplikasi mereka di iPhone, yang mana memfokuskan kepada perkongsian gambar dan penggunaan kameral.

WhatsApp Album

Melalui kemaskini baru yang ditawarkan hari ini, WhatsApp kini menambah sokongan perkongsian gambar dalam bentuk album. Kini, apabila anda berkongsi atau menerima lebih daripada empat gambar pada sesuatu perkongsian, kini ia akan dihimpunkan dalam bentuk sebuah album – sekaligus menjadikan tetingkap sembang anda lebih kemas dan tidak dipenuhi dengan “spam” gambar seperti sebelum-sebelum ini.

Disamping itu, WhatsApp juga turut menambah sokongan kesan penuras gambar dan video – membolehkan anda menambah sesuatu efek tambahan pada gambar sebelum ia dikongsikan kepada rakan-rakan lain. Sebanyak lima kesan penuras disediakan buat masa ini.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp di iPhone, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru ini.

Muat-Turun WhatsApp Messenger untuk iPhone


TIPS & ULASAN