Cari @ Amanz

Samsung mempunyai beberapa siri peranti, iaitu Galaxy S yang hadir dengan spesifikasi tinggi, Galaxy A dengan spesifikasi pertengahan tetapi ciri-ciri premium, dan akhir sekali Galaxy J dengan spesifikasi asas-pertengahan. Terkini, di Eropah, Samsung secara rasminya telah pun memperkenalkan siri peranti Galaxy J mereka untuk tahun 2017 ini.

Seperti sebelum ini, tiga peranti ditawarkan dibawah Galaxy J (2017), iaitu Galaxy J3, Galaxy J5 dan juga Galaxy J7.

Galaxy J 2017

Paling asas dalam ketiga-tiganya adalah Galaxy J3 (2017). Peranti ini hadir dengan skrin 5-inci, dilengkapi cip empat-teras 1.4Ghz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Samsung melengkapkan telefon pintar ini dengan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel, serta bateri berkapasiti 2400mAh.

Galaxy J5 (2017) pula hadir dengan skrin 5.2-inci, dilengkapi cip lapan-teras 1.6Ghz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, dan dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh. Peranti ini turut menggunakan kamera hadapan dan belakang 13-megapixel, serta pengimbas cap jari.

Dan akhir sekali, Galaxy J7 (2017) pula hadir dengan skrin 5.5-inci, dilengkapi cip lapan-teras 1.6Ghz, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB, dan bateri berkapasiti 3600mAh. Ia juga menggunakan kamera hadapan dan belakang 13-megapixel, selain menyertakan pengimbas cap jari.

Ketiga-tiga peranti ini turut dilengkapi Android 7.0 Nougat serta antaramuka Samsung tersendiri.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan. Memadangkan permintaan peranti Galaxy J adalah tinggi di Malaysia, tidak mustahil kita melihatnya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd