Penerima BR1M Akan Diberikan Dekoder Perkhidmatan Televisyen Digital Percuma

Penerima BR1M Akan Diberikan Dekoder Perkhidmatan Televisyen Digital Percuma

Diterbitkan pada June 7, 2017 oleh .

Penyiaran siaran TV secara analog di Malaysia akan digantikan dengan digital sepenuhnya menjelang Julai 2018. Bagi mengurangkan beban pengguna kurang mampu untuk terus menikmati siaran TV, kerajaan semalam mengumumkan penerima BR1M akan diberikan dekoder perkhidmatan televisyen digital secara percuma. Ini adalah di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional.

Sebanyak 4.2 Juta dekoder MYTV akan diedarkan kepada mereka yang layak. Menerusi MTTV, pengguna dapat menikmati perkhidmatan MyFreeview yang menawarkan saluran TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TVi,TV AlHijrah, dan Bernama. Mereka turut boleh mendengar saluran radio Nasional FM, Traxx FM, Minnal FM dan Ai FM.

Penerima hanya perlu menyambung dekoder kepada antena UHF dan TV sedia ada tanpa sebarang pemasangan tambahan. Pada ketika ini MYTV sudah mencapai liputan 87% di seluruh negara dan akan mencapai 98% menjelang akhir tahun ini.

Usaha kerajaan untuk membekalkan dekoder percuma ini pasti akan mengurangkan beban kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Kepada yang tidak layak menerima BR1M. dekoder MYTV boleh dimiliki pada harga RM199 sebuah sehingga 16 September 2017. Selepas tarikh tersebut ia akan dijual pada harga RM 299.


TIPS & ULASAN