Siri Realiti TV Dari Apple, Planet of The Apps Akan Ditayangkan Bermula Hari Ini

Siri Realiti TV Dari Apple, Planet of The Apps Akan Ditayangkan Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada June 7, 2017 oleh .

Apple sebelum ini telah sedia memperlihatkan yang mana mereka akan memulakan tayangan siri realiti TV mereka tersendiri memfokuskan kepada daripada perkongsian idea sehingga komersialkan idea berkenaan sesuatu aplikasi berkenaan.

Siri berkenaan kini akhirnya akan mula ditayangkan bermula malam ini. Ia akan ditayangkan melalui Apple Music, tetapi untuk episod pertama, ia juga akan ditawarkan secara percuma melalui iTunes dan laman PlanetofTheApps. Untuk episod seterusnya, pengguna akan perlu mempunyai akaun Apple Music untuk menontonnya.

Siri ini akan mempunyai 10 episod, dan setiap episod akan ditayangkan setiap Rabu selepas ini.


TIPS & ULASAN