Cari @ Amanz

Tahap pencemaran udara di India adalah antara yang terburuk di dunia. Tahun lalu seramai 1.2 Juta orang meninggal dunia akibat komplikasi yang berkait dengan pencemaran udara. Oleh itu langkah drastik diambil oleh kerajaan India bagi mengurangkan korban dan menjaga tahap kesihatan rakyat. Bermula 2030, hanya kenderaan elektrik akan dijual di India.

Menteri Tenaga India, Piyush Goyal berkata pihak kerajaan akan memberikan subsidi selama tiga tahun bagi membolehkan rakyat berubah ke kenderaan elektrik sepenuhnya. Selain memperbaiki kualiti udara, ia bakal menjimatkan India $60 Billion (~RM 256 Billion) setahun kerana tidak perlu mengimport minyak dari luar. Syarikat Mahindra telahpun menghasilkan kenderaan elektrik buatan tempatan tahun ini.

Selain India, Norway juga mempunyai polisi yang sama cuma pengharaman kenderaan bahan api fosil akan bermula pada tahun 2025. Tahap pencemaran udara di Malaysia juga meningkat. Sekiranya kerajaan Malaysia mengambil langkah yang sama, adakah anda akan bersetuju?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd