Google Kini Memaparkan Carian Membeli-Belah Di Halaman Google Malaysia

Google Kini Memaparkan Carian Membeli-Belah Di Halaman Google Malaysia

Diterbitkan pada June 7, 2017 oleh .

Trend membeli-belah secara online boleh dikatakan terus melonjak dari hari ke hari berikutan peningkatan penggunaan internet yang mudah dicapai secara mudah-alih. Peningkatan trend ini telah membuatkan Google untuk mengoptimasikan halaman enjin carian mereka, yang kini memaparkan hasil carian membeli-belah pada web dan versi mudah-alih.

Perkara ini djayakan melalui perkhidmatan Google Shopping Ads, yang membolehkan penjual barangan memaparkan produk yang bersesuaian dengan hasil carian yang dilakukan pengguna. Seperti contoh, sekiranya anda mencari sesebuah telefon pintar di Google, ia akan memaparkan carian jualan telefon tersebut berserta harga dan imej secara terus.

Fungsi ini telah diuji sejak beberapa bulan yang lalu dan pastinya ada di antara pengguna yang telah melihat fungsi ini ketika membuat carian di Google. Dengan perkenalannya pada hari ini, kini para peniaga yang lain boleh menggunakan perkhidmatan Google Shopping Ads untuk mempromosikan produk disamping meningkatkan aliran trafik ke halaman web mereka.

Bagi anda yang sedang mencari sesuatu melalui halaman atas talian, anda boleh memulakan carian anda di laman Google Malaysia, dan melihat penawaran yang disenaraikan terus melalui halaman carian ini.


TIPS & ULASAN