Illegear Laguna Dilancarkan – Hadir Dengan Rekaan Nipis Dan Dilengkapi Kad Grafik GTX 1070

Illegear Laguna Dilancarkan – Hadir Dengan Rekaan Nipis Dan Dilengkapi Kad Grafik GTX 1070

Diterbitkan pada June 7, 2017 oleh .

Illegear hari ini telah melancarkan komputer riba memfokuskan permainan dan multimedia mereka yang terbaru, iaitu Illegear Laguna. Komputer riba dengan skrin bersaiz 15.6-inci ini turut membawakan rekaan yang sedikit nipis berbanding pelbagai komputer permainan di pasaran hari ini.

Illegear Laguna

Illegear Laguna hadir dalam dua variasi, sama ada menggunakan kad grafik GTX 1070 atau GTX 1060. Melengkapkan komputer riba ini adalah cip pemprosesan Core i7-7700HQ, memori sehingga 8GB DDR4, storan 1TB 7200RPM + 120GB SSD, dan dilengkapi sistem operasi Windows 10 Home.

Komputer riba ini turut dilengkapi dengan papan kekunci yang menggunakan lampu latar RGB. Seperti pengeluar lain, Illegear turut menyertakan perisian khusus untuk mengawal pelbagai perkara, termasuk dari segi memantau suhu, penggunaan, dan sebagainya.

Illegear Laguna

Di Malaysia, model dengan kad grafik GTX 1060 ditawarkan pada harga RM5299, sementara model GTX 1070 ditawarkan pada harga RM7298.


TIPS & ULASAN