ASUS Bakal Membawa Masuk ASUS Tinker Board Untuk Pasaran Malaysia – Hadir Dengan Harga RM285

Diterbitkan pada Jun 7, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Industri “Maker” merupakan sebuah industri yang sedang berkembang pesat, dengan ramai orang mereka-cipta peranti-peranti mereka sendiri menggunakan komputer-komputer kecil seperti Raspberry Pi, Google Cloud Platform dan sebagainya.

ASUS Tinker Board merupakan sebuah komputer kecil buatan ASUS yang diperkenalkan awal tahun ini, dan mempunyai pelbagai kegunaan seperti pembuatan peranti-peranti IoT dan juga sebagai komputer konsep untuk tujuan pendidikan.

Ia dikuasakan oleh CPU Rockchip RK3288 dengan kelajuan 1.8GHz, 2GB RAM DDR3, storan microSD, dan juga sokongan WiFi 802.11a/b/g/n dan Bluetooth 4.0. Dari segi sokongan sistem operasi pula, Tinker Board ini boleh menyokong OS Linux, Microsoft Windows dan juga TinkerOS.

Dari segi I/O, ia hadir dengan empat port USB 2.0 dan juga sebuah port HDMI untuk ouput visual. yang mampu menyokong output video sehingga 4K.

Menurut pihak ASUS Malaysia, mereka akan membawa masuk ASUS Tinker Board ini untuk pasaran tempatan pada suku ketiga tahun ini pada harga RM285.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami