AS Mungkin Menambah 71 Lapangan Terbang Ke Dalam Senarai Larangan Komputer Riba

AS Mungkin Menambah 71 Lapangan Terbang Ke Dalam Senarai Larangan Komputer Riba

Diterbitkan pada June 8, 2017 oleh .

Larangan membawa laptop dan peralatan elektronik bersaiz besar dikuatkuasakan oleh jabatan keselamatan negara Amerika Syarikat Mac lalu. Mereka kini sedang melihat untuk menambah 71 lagi lapangan terbang ke dalam senarai ini.

Sebelum ini hanya 13 lapangan terbang yang terletak di dalam negara majoriti penganut beragama Islam terkesan oleh arahan ini. Buat masa ini senarai lengkap 71 lapangan terbang baru ini masih belum dikongsi. Berdasarkan senarai yang lalu dan serangan pengganas yang meningkat, tidak mengejutkan sekiranya kesemuanya turut dari negara penduduk majoriti beragama Islam.

Larangan seperti ini membuatkan kami inginkan telefon pintar dengan sistem operasi desktop yang kemudian berubah menjadi komputer menerusi dok seperti Continuum.


TIPS & ULASAN