Nubia Z11 Dengan Memori 6GB RAM Berharga RM1899 Di Malaysia

Nubia Z11 Dengan Memori 6GB RAM Berharga RM1899 Di Malaysia

Diterbitkan pada June 8, 2017 oleh .

Nubia merupakan salah satu jenama peranti yang dimiliki oleh ZTE, dan telah mula menawarkan beberapa peranti mereka untuk pasaran tempatan. Terkini, salah satu peranti baru yang turut telah mula ditawarkan adalah Nubia Z11.

ZTE Nubia Z11

ZTE Nubia Z11 ini hadir menggunakan skrin 5.5-inci pada resolusi HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 820, memori 6GB RAM, dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD. Disamping itu, peranti ini turut menggunakan kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh, tetapi hanya menggunakan Android 6.0 Marshmallow sahaja buat masa ini.

Nubia Z11 turut menekankan kepada sokongan bateri, dimana ia menggunakan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0, selain penggunaan tenaga bateri yang lebih efisyen melalui ciri yang dinamakan NeoPower 2.0. Nubiz Z11 juga turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari dibahagian belakang.

Di Malaysia, beberapa pengedar tempatan telah mula menawarkannya, dimana ia dijual pada harga RM1899.


TIPS & ULASAN