Cari @ Amanz

Tune Talk sebelum ini sedia menawarkan kemudahan untuk membuat pembelian nilai Steam menggunakan prabayar mereka, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk membeli permainan di Steam tanpa memerlukan kad kredit atau debit. Kini, bersempena dengan musim perayaan, sehingga 7 Julai 2017 kelak, Tune Talk menawarkan rebat 50% untuk bayaran perkhidmatan keatas setiap tambah-nilai.

TuneTalk Steam

Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini, untuk pembelian Steam Wallet Code sebanyak RM5, pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM1 – sekaligus menjadikan jumlahnya sebanyak RM6. Tetapi, untuk musim perayaan ini, diskaun 50% diberikan ke atas caj perkhidmatan, menjadikan jumlahnya adalah RM5.50.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan telekomunikasi Tune Talk, dan aktif membeli permainan Steam, mungkin ini masanya untuk mendapatkan permainan yang anda minati pada kos yang lebih rendah berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd