OnePlus Berkongsi Gambar OnePlus 5 – Sedikit Menyerupai iPhone Dan Oppo R11

OnePlus Berkongsi Gambar OnePlus 5 – Sedikit Menyerupai iPhone Dan Oppo R11

Diterbitkan pada June 8, 2017 oleh .

OnePlus 5 sedia tertiris sebelum ini yang memperlihatkan gambar peranti berkenaan. Kini, pihak OnePlus sendiri melalui laman Twitter, telah berkongsi gambar rasmi peranti berkenaan, memperlihatkan rekaan belakang telefon pintar berkenaan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

OnePlus 5

OnePlus berkongsi gambar OnePlus 5 berwarna hitam, dan seperti ramai sedia maklum, ia menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang. Disamping itu, ia juga menyertakan garisan antena pada bahagian atas kamera berkenaan.

Secara kasar, rekaannya sedikit menyerupai iPhone 7 Plus, selain mana rekaan OnePlus 5 ini juga dilihat menyerupai Oppo R11.

Oppo R11

Walaubagaimanapun, pihak OnePlus dijangka akan menyertakan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding dengan Oppo R11, dan menggunakan antaramuka Oxygen OS yang menyerupai antaramuka Android asas.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 20 Jun ini untuk melihat sendiri secara rasmi peranti baru berkenaan.


TIPS & ULASAN