CD Projekt Red Mengesahkan Fail Dari Permainan Cyberpunk 2077 Telah Dicuri

CD Projekt Red Mengesahkan Fail Dari Permainan Cyberpunk 2077 Telah Dicuri

Diterbitkan pada June 9, 2017 oleh .

Syarikat pembangun permainan cukup berahsia mengenai projek yang sedang dihasilkan oleh mereka. Ini adalah bagi memastikan idea tidak dicuri dan plot tidak tertiris lebih awal. Cyberpunk 2077 ialah permainan yang diumumkan oleh CD Projekt Red sejak 2013. Mereka hari ini berkongsi bahawa fail dari permainan ini telah dicuri dan diugut akan ditiriskan sekiranya mereka gagal membayar wang tebusan.

CD Projekt Red di dalam kenyataan media pagi tadi menegaskan mereka tidak akan membayar wang tebusan. Mereka menekankan fail-fail yang dicuri adalah dari peringkat awal pembangunan Cyberpunk 2077 pelbagai perubahan telah dilakukan sejak itu. Pembangun dari Poland ini menyeru peminat supaya hanya mendapatkan maklumat terkini mengenai RPG yang amat dinantikan ini menerusi saluran rasmi sahaja.


TIPS & ULASAN