Kesemua Album Taylor Swift Kembali Ke Spotify, Tidal Dan Amazon

Kesemua Album Taylor Swift Kembali Ke Spotify, Tidal Dan Amazon

Diterbitkan pada June 9, 2017 oleh .

Puteri pop semasa ialah Taylor Swift yang mempunyai jutaan pengikut di platform media sosial. Kepada peminat, kesemua album yang pernah dihasilkan oleh beliau akan kembali ke kesemua platform penstriman muzik atas talian hari ini.

Ini diumumkan oleh akaun rasmiĀ  Taylor Nation pagi tadi bagi menyambut jualan 10 Juta unit album 1989 dan 100 Juta jualan album sepanjang kerjaya beliau.

Taylor Swift menarik album beliau dari platform penstriman popular Spotify pada tahun 2013 atas sebab bayaran royalti. Album beliau kemudian hanya boleh distrim secara eksklusif menerusi Apple Music.


TIPS & ULASAN