Payday 2 Percuma Di Steam Hari Ini Dalam Jumlah Yang Terhad

Payday 2 Percuma Di Steam Hari Ini Dalam Jumlah Yang Terhad

Diterbitkan pada June 9, 2017 oleh .

Mengapa masih ramai memilih platform PC walaupun kita kini dikatakan hidup di dunia pasca PC? Jawapan yang sering diterima ialah grafik lebih berkualiti berbanding konsol, harga permainan lebih murah dan kerap kali diberi secara percuma. Bagi pengguna Steam, hari ini anda boleh memuat turun permainan Payday 2 secara percuma.

Hanya 5 Juta unit permainan percuma ditawarkan dan anda harus pantas menuntutnya menggunakan akaun Steam anda. Bagi yang kurang arif, Payday ialah permainan FPS yang membenarkan anda berfantasi menjadi penjenayah yang melakukan rompakan. Ia dilancarkan pada tahun 2013 dan tidak memerlukan komputer berspesifikasi tinggi untuk dimainkan.

Muat turun PayDay 2 percuma menerusi Steam


TIPS & ULASAN