Cari @ Amanz

Guardians of The Galaxy membuatkan insan berusia seperti kami bernostalgia ingin memiliki semula sebuah pemain kaset WalkMan.  Kini semakin sukar untuk mencari kaset untuk dimainkan pada pemain kaset di rumah. Malahan kesemua kereta semasa hanya menyertakan pemain CD yang turut semakin pupus. Mixxtape ialah sebuah pemain muzik yang bukan sahaja kelihatan seperti kaset, tetapi ia turut boleh dimainkan menggunakan sebuah pemain kaset.

Terdapat sebuah skrin LCD dan kawalan sesentuh pada bahagian hadapan. Ia mempunyai storan 8 GB yang boleh ditambah menggunakan kad MikroSD. Format muzik yang disokong pula adalah FLAC, MP3, WMA, OOG dan WAV. Pengguna boleh mendengar muzik secara sambungan bicu audio, tambahan bluetooth dan dimainkan di dalam pemain kaset.

Menurut pereka Mixxtape, bateri yang digunakan memberikan tempoh memainkan muzik selama 12 jam. Ia dicas semula melalui port MikroUSB. Mixxtape sedang mengumpul dana menerusi KickStarter dan boleh disokong pada harga bermula $40 (~RM 171).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd