Tips Selfie Berkumpulan Dengan Mudah Menggunakan vivo V5s

Tips Selfie Berkumpulan Dengan Mudah Menggunakan vivo V5s

Diterbitkan pada June 10, 2017 oleh .

Tiga tahun lepas terma selfie bukanlah satu terma yang kerap digunakan. Anda mungkin menangkap gambar sendiri namun ia tidak menjadi popular seperti pada masa kini. Kini setiap jenama peranti berusaha mengetengahkan fungsi selfie sebagai salah satu ciri utama dan vivo V5s membawakan perbezaan dengan fungsi Wide Angle Panning Effect.

Fungsi Wide Angle Panning Effect bukanlah sekadar sudut lebar semata-mata. Ia merupakan fungsi yang membolehkan pengguna memegang peranti dan memposisikan ia secara mendatar, lalu merakamkan selfie berkumpulan pada sudut pandang yang lebih besar. Penggunaan secara mendatar ini boleh merangkumi sudut seluas 145 darjah.

Apabila pengguna menggerakkan peranti pada paksi mendatar, gambar tersebut akan dicantumkan dengan sempurna, dan ini berbeza dengan fungsi rakaman panorama yang biasanya memerlukan pengguna memposisikan peranti secara menegak dan mempunyai sudut pandangan yang lebih kecil. Namun begitu anda masih boleh melakukan selfie berkumpulan secara menegak, namun sudutnya mungkin terhad.

Dengan fungsi ini, anda boleh melakukan selfie berkumpulan dengan lebih mudah memandangkan kamera hadapannya bersaiz 20MP. Anda tidak perlu membeli lensa tambahan bagi merakamkan saat-saat indah bersama keluarga mahupun sahabat handai.

Selain dari fungsi yang memudahkan selfie berkumpulan, vivo V5s turut memiliki ciri-ciri yang bagus untuk peranti kelas pertengahan. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek MT6750 1.5GHz octa-core, memori 4GB RAM, storan 64GB yang boleh ditambah dengan kad SD-Mikro sehingga 128GB, kamera utama 13MP dengan rakaman video 1080p, dan mempunyai bateri berkapasiti 3,000 mAh.

Baca: Pandang Pertama vivo V5s

Pada Hari Raya yang bakal tiba ini, sekiranya anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan ingin merakamkan kesemua mereka didalam satu gambar, fungsi Wide Angle Panning Effect ini semestinya memudahkan anda melakukan selfie berkumpulan dan ia boleh ditemui pada peranti vivo V5s. Anda boleh mendapatkan peranti ini yang dijual pada harga RM 1,299 di mana-mana cawangan pengedar peranti vivo yang sah, atau memilikinya menerusi tawaran peranti khusus dari Digi dan Maxis.

Penafian: Advertorial dari vivo Malaysia


TIPS & ULASAN