Microsoft Akan Menamatkan Docs.com Pada Penghujung 2017 Ini

Microsoft Akan Menamatkan Docs.com Pada Penghujung 2017 Ini

Diterbitkan pada June 9, 2017 oleh .

Pada 2015 lepas, Microsoft telah membuka penawaran perkhidmatan perkongsian dokumen yang dinamakan sebagai Docs.com kepada umum. Melaluinya, pengguna boleh memuat-naik sebarang dokumen atau mengimport dokumen daripada perkhidmatan lain – kemudian menjana pautan khusus untuk berkongsi dengan rakan-rakan lain.

Microsoft Docs

Walaupun menarik, namun, perkhidmatan berkenaan tidak menerima angka pengguna yang begitu tinggi, malah jarang sekali diperkatakan ramai.

Kini, Microsoft telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan Docs.com pada penghujung tahun ini, dimana semua kandugan yang dimuat-naik padanya akan dipadamkan.

Bagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan Docs, anda boleh log masuk dan memuat-turun pelbagai dokumen anda untuk dihoskan pada perkhidmatan lain.

Layari : Docs.com


TIPS & ULASAN