Cari @ Amanz

Asus pada tahun lepas telah memperkenalkan siri telefon pintar Zenfone 3 pada acara Computex, tetapi pada tahun ini mereka sekadar mendiamkan diri dan lebih memfokuskan kepada penawaran komputer sahaja.

Terkini, laporan baru hadir daripada Digitimes, memetik kata ketua pegawai eksekutif Asus, iaitu Jerry Shen, mengatakan siri Zenfone 4 bakal dilancarkan sekitar penghujung Julai 2017 kelak.

Ia dikatakan mengalami sedikit kelewatan kerana melalui proses penambah-baikkan keefisyenan, selain rekabentuk yang diberikan nafas baru. Buat masa ini, apakah ciri-ciri yang bakal dibawakan masih menjadi tanda tanya, selain dikatakan Asus akan menawarkan model 5.5-inci terlebih dahulu sebelum variasi peranti lain selepas itu.

Dalam arena peranti mudah-alih sendiri, telefon Zenfone AR yang diumumkan awal tahun ini sendiri baru mula dijual sekitar bulan Jun ini, dan dijangka hadir ke Malaysia tidak lama lagi.

Selain daripada Zenfone 4, desas-desus juga turut hadir mengatakan Zenfone 5 mungkin diperkenalkan sekitar MWC 2018 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd