Cari @ Amanz

E3 akan bermula esok dan pelbagai persoalan mengenai tarikh jualan permainan video yang dinantikan akan terjawab. Antar permainan yang paling kami nantikan ialah Asassin’s Creed : Origins kerana ia direhatkan selama setahun. Tarikh pelancaran permainan ini sudah tertiris dan ia akan dilancarkan pada 27 Oktober hadapan.

Beberapa cetakan awal majalah Game Informer telah tertiris dan iklan untuk permainan ini jelas menunjukkan tarikh di atas. Sekiranya benar ia adalah berita baik kerana pada asalnya ia diramalkan akan dilancarkan pada tahun 2018. Diharap kesilapan lalu akan dapat diselesaikan oleh Ubisoft. Sekiranya tidak tiba masanya untuk mengucapkan requiescat in pace kepada siri ini selama-lamanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd