Cari @ Amanz

Kita hidup di zaman narsis dengan jumlah pengikut serta likes di laman sosial menjadi ganti kepada harga diri. Aktiviti membeli pengikut dianggap normal bagi membuatkan diri terasa seperti artis terkemuka. Di Russia kini wujud mesin layan diri yang akan memberikan likes kepada gambar di akaun Instagram.

Dengan bayaran ₽50 (~RM 3.74), mesin akan memberikan 100 likes kepada pengguna. Bayaran ₽100 (~RM 7.48) pula membolehkan pengguna membeli 100 pengikut. Selain daripada Instagram, mesin ini turut menyokong laman VK. Bagi yang tidak ingin menipu diri sendiri, perkhidmatan mencetak gambar dari akaun sosial turut ditawarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd