Boeing Ingin Menguji Penerbangan Tanpa Juruterbang Seawal 2018

Boeing Ingin Menguji Penerbangan Tanpa Juruterbang Seawal 2018

Diterbitkan pada June 10, 2017 oleh .

Pada hari ini, terdapat beberapa kenderaan yang dikawal secara autonomi, termasuk dron yang diterbangkan secara automatik dan diajar untuk mengelak pelbagai halangan dihadapannya. Selain kenderaan biasa, kini Boeing juga sedang melihat kepada membangunkan dan menguji kapal terbang tanpa juruterbang.

Buat masa ini sendiri, sejumlah kawalan dalam penerbangan telah boleh mula dikawal menggunakan komputer. Tetapi, dengan apa yang sedang dibangunkan oleh Boeing ini, ia akan menggunakan kecerdasan buatan dalam melakukan pelbagai keputusan – seumpama apa yang akan dibuat oleh seseorang juruterbang.

Langkah ini juga dilihat selari dengan permintaan juruterbang yang semakin meningkat dari hari ke hari, apatah lagi lebih ramai yang ke luar negara berbanding beberapa tahun sebelumnya.

Apa pun, sebelum penerbangan tanpa juruterbang ini direalisasikan sepenuhnya, ia akan perlu melalui sejumlah fasa, termasuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa dan sebagainya.


TIPS & ULASAN