BioWare Mengumumkan Permainan Baru Mereka – Anthem

BioWare Mengumumkan Permainan Baru Mereka – Anthem

Diterbitkan pada June 11, 2017 oleh .

Acara E3 2017 akan diadakan pada minggu ini, dan beberapa hari lebih awal, para penerbit permainan telah mula berkongsi beberapa berita mengenainya. Memulakannya hari ini adalah Electronic Arts dengan memperlihatkan beberapa trailer dan informasi berkenaan permainan akan datang yang bakal diterbitkan mereka.

Salah satunya adalah daripada BioWare, yang dinamakan sebagai Anthem.

Buat masa ini, info mengenai permainan ini hanya samar-samar sahaja – dan dijangka dikongsikan lanjut secara rasminya esok ketika acara Microsoft untuk E3.

Daripada apa yang dipertontonkan, Anthem menggunakan latar masa futuristik, dan dijangka menawarkan bentuk permainan dunia terbuka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut esok untuk melihat apakah yang akan dibawakan oleh permainan baru daripada BioWare ini.


TIPS & ULASAN