Carian
A Way Out – Permainan Kolaborasi Yang Perlu Dimainkan Bersama Rakan
June 11, 2017 Aman

Pada acara EA di E3 2017 hari ini juga, penerbit permainan popular berkenaan telah memperkenalkan kembali permainan yang pernah diperlihatkan suatu ketika dahulu, iaitu A Way Out.

A Way Out membawakan bentuk permainan baru, dimana ia dimainkan dalam bentuk kolaborasi bersama rakan anda – sama ada pada konsol secara berdua, atau melalui atas-talian.

A Way Out bermula dengan latar di penjara, dimana pemain perlu bekerjasama dengan lagi seorang untuk mengawal dua watak untuk lari dari penjara. Pembangunnya mengatakan setiap gerak-geri adalah unik, dan memberikan kesan berbeza – dan kedua-dua watak boleh memilih apa yang ingin dilakukan mereka.

Selain daripada dalam penjara, ia juga membawakan jalan cerita untuk dimainkan di luar penjara.

EA mengatakan permainan ini bakal hadir ke PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One pada awal 2018 kelak.

Komen