Microids Menawarkan Permainan Moto Racer 4 Percuma Untuk Tempoh Sangat Terhad

Microids Menawarkan Permainan Moto Racer 4 Percuma Untuk Tempoh Sangat Terhad

Diterbitkan pada June 11, 2017 oleh .

Microids pernah menawarkan beberapa permainan secara percuma sebelum ini, dan hari ini, untuk tempoh yang sangat terhad, pihak Microids menawarkan permainan lumba motosikal Moto Racer 4 secara percuma melalui Steam.

Moto Racer 4 telah dilancarkan pada 2016 yang lepas, dimana ia menawarkan permainan perseorangan dan bersama rakan lain – membolehkan anda berlumba pada pelbagai latar tempat berbeza.

Untuk mendapatkan permainan ini secara percuma, pengguna perlu mendaftar di laman khusus yang disediakan oleh Microids, dan kekunci Steam khusus untuk anda akan dihantar melalui emel. Microids menawarkan ia secara percuma bersempena dengan ulang-tahun permainan Moto Racer sendiri yang mencapai 20 tahun hari ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendaftar hari ini dan mendapatkan permainan ini secara percuma.

Dapatkan : Steam Key Moto Racer 4


TIPS & ULASAN