Permainan FIFA 18 Meneruskan Kisah Hidup “Alex Hunter”

Permainan FIFA 18 Meneruskan Kisah Hidup “Alex Hunter”

Diterbitkan pada June 11, 2017 oleh .

Pada FIFA 17 yang lepas, permainan simulasi bola-sepak berkenaan telah menambah sebuah mod permainan baru yang dinamakan sebagai “The Journey”, dimana para pemain boleh memainkan watak Alex Hunter dalam arena bola sepak.

Kini, FIFA 18 akan meneruskan kisah berkenaan, dan melalui trailer yang hadir pada E3 2017 hari ini, EA memperlihatkan yang mana terdapat kemungkinan watak Alex Hunter berkenaan akan beralih kepada kelab bola sepak baru.

Selain daripada itu, FIFA 18 juga menawarkan grafik dan kawalan permainan yang lebih baik – termasuk menyertakan data kawalan bola daripada Ronaldo bersama-sama di dalamnya.

FIFA 18 akan dipasarkan pada konsol utama dan PC pada 29 September 2017 ini.


TIPS & ULASAN