Assassin’s Creed : Origins Diumumkan – Hadir 27 Oktober

Assassin’s Creed : Origins Diumumkan – Hadir 27 Oktober

Diterbitkan pada June 12, 2017 oleh .

Keikhwanan pembunuh upahan tiba semula selepas setahun berehat di dalam sarkofagus. Assasin’s Creed : Origins diumumkan secara rasmi pagi tadi dan mengesahkan kesemua maklumat yang tertiris sebelum ini. Permainan ditetapkan di zaman Mesir

Menarik sekali mengenai trailer ini ialah kuda kembali sebagai kenderaan selepas kali terakhir di dalam Brotherhood dan hanya menarik pedati di dalam Syndicate. Bayek, watak yang dikawal pemain mempunyai seekor helang yang berfungsi sebagai mata di udara bagi meninjau kawasan peta. Seperkara lagi yang menarik ialah Bayek turut dilengkapi sebuah perisai kecil dan panah.

Kerana permainan ini berlaku beribu-ribu tahun di zaman silam, banyak senjata yang menjadi standard AC masih belum dicipta. Mungkin perubahan ini akan membawakan kesan positif kepada permainan yang sudah agak bosan sejak tiga tahun kebelakangan ini.


TIPS & ULASAN