Minecraft Dengan Sokongan 4K Dan HDR Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

Minecraft Dengan Sokongan 4K Dan HDR Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 12, 2017 oleh .

Minecraft, salah satu permainan yang dimiliki oleh Microsoft turut menerima sedikit kemaskini pada acara E3 2017 hari ini. Microsoft mengatakan, Minecraft bakal menerima kemaskini pada bulan Ogos kelak, yang mana akan menawarkan sokongan untuk selarikan permainan tersebut pada pelbagai platform, daripada iOS, Android, sehinggalah kepada Xbox One.

Ini bermakna, anda boleh memainkan permainan Minecraft bersama-sama rakan anda yang lain tanpa kira platform. Walaubagaimanapun, buat masa ini, penyelarian ini tidak menyertakan PlayStation 4 dan Xbox 360 buat masa ini.

Disamping itu, permainan yang mencabar kreativiti ini turut akan menerima kemaskini grafik, dan menawarkan resolusi 4K tidak lama lagi. Selain hanya pada resolusi, ia juga akan menyertakan gambar dalam bentuk HDR, dan tekstur yang lebih jelas melaluinya.

Untuk menikmati resolusi 4K ini, pengguna akan memerlukan komputer Windows 10 yang sangat berkuasa, atau menggunakan konsol Xbox One X yang terbaru.


TIPS & ULASAN