Cari @ Amanz

Siri Metro diadaptasi dari novel nukilan Dmitry Glukhovsky. Kali terakhir permainan video  ini muncul ialah pada tahun 2013 dengan Metro : Last Light. Di E3 hari ini, permainan ketiga di dalam siri ini diumumkan secara mengejut.

Metro Exodus masih lagi sebuah permainan FPS tetapi kini menggunakan konsep dunia terbuka. Pemain bebas menjalankan misi secara tidak linear di dalam dunia pasca apokalips. Trailer di atas dihasilkan menggunakan grafik permainan sebenar. Ia jelas menunjukkan peningkatan kualiti grafik berbanding permainan terdahulu. Metro Exodus bakal hadir ke platform PC. Xbox One dan PlayStation 4 pada tahun 2018.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd