Dragon Ball Fighter Z Bakal Hadir 2018 Dengan Grafik Mirip Siri Anime

Diterbitkan pada Jun 12, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kame Hame Ha! Dragon Ball Z masih mempunyai jutaan peminat walaupun sudah wujud lebih 33 tahun. Siri permainan videonya juga dinantikan kerana aksi melampau seperti yang dipaparkan di dalam siri anime. Terkini Dragon Ball Fighter Z diumumkan hari ini dengan grafik yang memang kelihatan seperti siri anime.

Teknik cell-shading digunakan pada model 3D permainan ini. Hasilnya ialah grafik 2D yang setanding dengan siri animasi. Permainan yang menggunakan Unreal Engine ini akan hadir tahun 2018 pada PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami