The Evil Within 2 Hadir Dengan Trailer Yang Cukup Menyeramkan

The Evil Within 2 Hadir Dengan Trailer Yang Cukup Menyeramkan

Diterbitkan pada June 12, 2017 oleh .

Jika anda seorang peminat permainan video seram, anda pasti tahu mengenai The Evil Within. Permainan video seram terbitan Bethesda ini menerima pelbagai pujian dan kritikan positif kerana menghidupkan kembali genre seram dengan idea-idea yang baru.

Sewaktu acara pengumuman Bethesda di E3, syarikat tersebut menunjukkan trailer baru untuk The Evil Within 2, dan tahap keseramannya tidak menurun sama sekali, dan memperlihatkan pelbagai jenis adegan yang menakutkan di dalam permainan tersebut.

Buat masa ini, pihak Bethesda masih belum mengumumkan sebarang butiran, termasuklah jalan cerita dan juga pembina permainan video tersebut, sama ada ia masih Shinji Mikami dan Tango Gameworks ataupun tidak.

Akan tetapi, Bethesda mengumumkan bahawa The Evil Within akan hadir pada 13 Oktober (Friday The 13th) tahun ini untuk Sony PlayStation 4, Microsoft Xbox One dan juga platform PC.


TIPS & ULASAN