Wolfenstein II : The New Colossus Diumumkan Dengan Trailer Paling Aneh Setakat Ini

Wolfenstein II : The New Colossus Diumumkan Dengan Trailer Paling Aneh Setakat Ini

Diterbitkan pada June 12, 2017 oleh .

Trailer aneh dapat menarik minat penonton. Tetapi trailer untuk Wolfenstein II : The New Colossus mungkin antara yang paling aneh pernah kami lihat setakat ini. Ia bermula dengan filem pendek dan berakhir dengan babak animasi. Yang pasti BJ Bazkowicz kembali untuk menghancurkan rejim Nazi di Amerika Syarikat.

Ia mengekalkan aksi ganas yang menjadi standard Wolfenstein. Pelbagai senjata baru turut diperlihatkan kali ini. Permainan dibangunkan oleh Machine Games yang turut menghasilkan Wolfenstein :The New Order sebelum ini. Grafik menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding edisi terdahulu. Bagi yang tidak sabar untuk menghambat Nazi, kumpul duit anda untuk pelancarannya 27 Oktober hadapan pada PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN