Logitech Melancarkan Pad Tetikus Powerplay Yang Mengecas Tetikus Secara Tanpa Wayar

Logitech Melancarkan Pad Tetikus Powerplay Yang Mengecas Tetikus Secara Tanpa Wayar

Diterbitkan pada June 12, 2017 oleh .

Aksesori tanpa wayar seperti tetikus dan papan kekunci mengurangkan semak di atas meja. Tetapi ia mendatangkan masalah baru dalam bentuk bateri yang perlu ditukar dan dicas dengan kerap. Logitech akan menyelesaikan masalah ini dengan melancarkan pad tetikus Powerplay.

Logitech Powerplay ialah tetikus dengan saiz 75mm x 320mm yang akan mengecas tetikus di atasnya secara tanpa wayar. Dengan ini tiada lagi masalah tetikus kehabisan bateri secara mengejut ketika diperlukan. Sistem pengecasan khas ciptaan Logitech digunakan dan ini bermakna ia tidak boleh digunakan sebagai pengecas peranti pintar milik pengguna.

Bagi menyokong G Powerplay, tetikus G903 dan G703 LIGHTSPEED turut dilancarkan untuk menyokong teknologi baru ini. Kedua-duanya dilengkapi sensor optikal PMW3366 dengan tetapan 200-12,000 DPI. Butang-butang mekanikal yang digunakan pula mampu bertahan sehingga 50 Juta klik.

Logitech Powerplay dijual pada harga $99.99 (~RM 426) bermula Ogos. Tetikus Logitech G903 dan G703 LIGHTSPEED pula masing-masing dijual pada harga $149.99 (~RM 639) dan $99.99 (~RM 426) sebuah.


TIPS & ULASAN