Cari @ Amanz

Pada acara Computex yang lalu MSI telah mengumumkan sejumlah banyaknya peranti yang memfokuskan permainan. Satu lagi pengumuman menarik dari mereka adalah MSI Infinite A, iaitu sistem desktop gaming yang secara keseluruhannya direka oleh MSI.

Dari segi rekaan, ia hadir dalam cesi ‘tower’ dan direka bagi memudahkan penukaran komponen dalaman disamping memberikan identiti ‘gaming’. Pada bahagian hadapan terdapat port USB-C, USB 3, USB biasa dan juga port khusus untuk tujuan realiti-maya. Ia turut mempunyai lampu hiasan yang boleh dikawal oleh pengguna menerusi fungsi Mystic Light. Di bahagian belakang terdapat pemegang khusus untuk memudahkan cesi ini dibawa kemana-mana.

Dibina untuk memfokuskan desktop gaming, ia mempunyai spesifikasi cip Intel Core i7-7700 Generasi ke-7 dengan chipset Intel B250. Kapasiti RAM boleh dimuatkan sehingga 64GB DDR 4 2400 MHz dan kad grafik MSI dengan pilihan GTX 1080 8GB GDDR5X atau GTX 1070 8GB GDDR5 dan diletakkan secara menegak berbeza dengan kebiasaan.

Diatas kekuasaan ini, ia turut menyokong paparan 4K dan juga penggunaan realiti-maya. Untuk tujuan storan yang pantas, ia menyokong NVMe PCI-E Gen3 SSD berkelajuan sehingga 2.2GB per saat dengan sokongan Intel Optane.

Sistem yang beroperasi menggunakan Windows 10 Home ini menggunakan sistem penyejukan Silent Storm Cooling 3 dan komponennya mempunyai ketahanan Military Class 5 bagi menjamin prestasi. Fungsi-fungsi lain yang biasa ditemui pada produk MSI turut disertakan, seperti sistem audio Nahimic 2.0+, MSI Command Center, MSI Gaming LAN Manager, Xsplit Gamecaster dan bermacam lagi.

Ini merupakan model pertama dalam siri Infinite dan mungkin pada masa akan datang MSI bakal hadir dengan penawaran gaming desktop dalam cesi tower. Buat masa ini tiada sebarang maklumat berkenaan harga dan kesediaannya di pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd