Cari @ Amanz

Honor hari ini telah memperkenalkan telefon pintar Honor 9 mereka secara rasminya, sekaligus menjadikan ia sebagai telefon pintar flagship daripada Honor untuk tahun 2017 ini, menggantikan Honor 8 sebelum ini.

Honor 9 hadir dengan skrin bersaiz 5.15-inci pada paparan resolusi HD penuh, dan dilengkapi menggunakan cip Kirin 960. Honor menawarkan sejumlah variasi pilihan, iaitu antara 4GB RAM dengan 64GB storan, atau 6GB RAM dengan 64GB/128GB storan. Seperti peranti Honor sebelum ini, pengguna turut boleh memperluaskan storan pada peranti ini menggunakan kad mikro-SD.

Mencuri perhatian pada telefon pintar ini juga adalah sokongan dwi-kamera belakang, mengabungkan sensor 20-megapixel (monokrom) dan 12-megapixel (RGB). Untuk rakaman selfie pula, Honor 9 menggunakan kamera 8-megapixel.

Peranti ini menggunakan Android 7.0 Nougat yang dilengkapi dengan antaramuka EMUI 5.1, selain dilengkapi dengan bateri 3200mAh.

Honor akan mula menjualnya bermula 16 Jun ini di China, dimana ia akan dijual pada harga bermula 2299 Yuan iaitu sekitar RM1442. Bagi anda yang inginkan alternatif kepada Huawei P10, mungkin ini adalah peranti yang dinantikan oleh anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd