(Ura-Ura) Galaxy Note FE Akan Dilancarkan Di Korea Selatan Pada Awal Julai

(Ura-Ura) Galaxy Note FE Akan Dilancarkan Di Korea Selatan Pada Awal Julai

Diterbitkan pada June 13, 2017 oleh .

Samsung sebelum ini telah menyatakan yang mana mereka akan menjual kembali peranti Galaxy Note 7 yang telah dibaik-pulih di beberapa buah negara. Lanjutan daripadanya, sebelum ini ia telah diperkatakan yang mana peranti baru berkenaan kelak akan dikenali dengan nama Galaxy Note FE (Fan Edition?).

Kini, lanjutan daripadanya, menurut ET News, Galaxy Note FE dijangka dijual di Korea Selatan bermula daripada 7 Julai 2017 ini.

Galaxy Note 7 ini dijangka menggunakan pelbagai komponen kembali, tetapi membawa perubahan pada penggunaan bateri. Selain itu, Samsung juga dijangka akan menyertakan sokongan pembantu pintar Bixby mereka untuk pengguna di Korea Selatan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Samsung akan menawarkan peranti ini untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN