Cari @ Amanz

Beyond Good And Evil ialah permainan yang mencapai tahap kultus di kalangan peminatnya. Ia gagal mendapat sambutan yang baik ketika dilancarkan tetapi menerima banyak ulasan positif dan kerap tersenarai sebagai permainan yang jatuh ke dalam kategori hidden gems. Berita tentang sambungan kepada BG&E telah kami dengari lebih dari sedekad. Pagi ini Ubisoft mengejutkan orang ramai dengan pengumuman Beyond Good And Evil 2.

Walaupun mempunyai angka dua pada nama, permainan ini sebenarnya adalah prekuel kepada permainan asal. Pemain akan mengembara System 3 pada kurun ke-24. Michel Ancel, penerbit asal BG&E kembali dengan sokongan Ubisoft Montpellier. Tiada tarikh bilakah sambungan yang amat dinantikan ini akan dilancarkan. Selepas penantian selama 14 tahun, kami yakin ramai mungkin boleh bersabar selama beberapa tahun lagi untuk kemunculannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd