Dell Hadir Dengan Aksesori Bawah Jenama Alienware Meliputi Monitor, Tetikus Dan Papan Kekunci

Dell Hadir Dengan Aksesori Bawah Jenama Alienware Meliputi Monitor, Tetikus Dan Papan Kekunci

Diterbitkan pada June 13, 2017 oleh .

Alienware merupakan jenama khusus memfokuskan arena permainan dan multimedia – dimana sebelum ini komputer riba dan desktop permainan berkuasa tinggi berjenama Alienware telah diperkenalkan. Hari ini, pada acara E3, Dell turut memperkenalkan sejumlah aksesori dibawah jenama Alienware, iaitu sebuah monitor, papan kekunci dan juga tetikus.

Alienware Monitor

Monitor yang dinamakan sebagai Alienware 25 Gaming Monitor ini hadir dengan skrin bersaiz 25-inci, dan dilengkapi paparan resolusi 1080p. Menariknya, ia menawarkan kadar segar semula 240Hz, selain masa respon sepantas 1ms. Dua variasi model ditawarkan iaitu versi AMD FreeSync dan juga NVIDIA G-Sync – bergantung kepada keperluan seseorang pemain.

Alienware Keyboard

Selain monitor, kini papan kekunci Alienware juga ditawarkan. Hadir dalam dua variasi, yang mana yang pertama adalah Advanced Gaming Keyboard yang menggunakan papan kekunci mekanikal dengan KaiHua brown switch, dan kedua adalah Pro Gaming Keyboard yang menawarkan sokongan papan kekunci mekanikal dengan integrasi lampu belakang, serta sokongan kawalan audio melaluinya.

Alienware Mouse

Dan untuk penawaran tetikus memfokuskan permainan pula, Alienware menawarkan dua tetikus, iaitu Advanced Gaming Mouse dan juga Elite Gaming Mouse. Seperti biasa, ia menawarkan sejumlah ciri-ciri, termasuk kemudahan untuk mengubah DPI dengan mudah pada bila-bila masa, selain rekaan yang selesa untuk digunakan bagi tempoh yang lama.

Dengan penawaran aksesori terus dibawah jenama Alienware ini, kini para peminat Alienware tidak lagi perlu menghabiskan masa fikirkan untuk memilih aksesori pihak ketiga lain untuk melengkapkan komputer desktop mereka – dan boleh terus memilih penawaran monitor, tetikus dan juga papan kekunci berjenama Alienware bersama-sama pembelian mereka.


TIPS & ULASAN