Permainan Age of Empires Asal Menerima Penambah-Baikkan Dan Sokongan Resolusi 4K

Diterbitkan pada Jun 13, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nampaknya tahun 2017 penuh dengan pelbagai nostalgia yang dibawa kembali. Selepas Blizzard mengumumkan pengenalan semula Starcraft asal dengan beberapa penambah-baikkan, kini Microsoft turut melakukan perkara yang lebih kurang sama melalui permainan Age of Empires.

Permainan berbentuk strategi masa-nyata yang menyentuh pelbagai aspek sejarah ini kini akan menerima kemaskini melalui nama Age of Empires : Definitive Edition.

Age of Empires

Ia merupakan penambah-baikkan kepada versi asal permainan berkenaan – terutamanya dari segi grafik dan juga audio. Versi baru ini kelak akan menyokong sokongan pada paparan resolusi 4K, selain turut menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan – termasuk integrasi Xbox Live. Sebuah soundtrack baru juga akan melengkapkan permainan Age of Empires asal yang ditambah-baik ini.

Untuk makluman, versi asal permainan ini telah diperkenalkan pada 1997 yang lepas, dan beberapa sekuel untuknya telah diperkenalkan sebelum ini. Pengenalan kembali permainan asal ini semestinya mengimbau kembali nostalgia ramai pemain sekitar sedekad dua yang lepas.

Permainan yang ditambah-baik ini bakal hadir kelak pada tahun ini, dan ditawarkan untuk PC.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami