The Frozen Wilds – DLC Pertama Horizon Zero Dawn Akan Tiba Tahun Ini

The Frozen Wilds – DLC Pertama Horizon Zero Dawn Akan Tiba Tahun Ini

Diterbitkan pada June 13, 2017 oleh .

Antara calon GOTY tahun ini bagi kami ialah Horizon Zero Dawn. Grafik yang cantik dijodohkan dengan jalan cerita yang menarik. Oleh sebab itu selepas kami usai memainkannya pertama kali, kami terus memainkannya semula pada tetapan lebih mencabar. Bagi yang inginkan lebih banyak cabaran, The Frozen Wilds yang merupakan DLC pertama permainan ini diumumkan sebentar tadi.

Paling menarik DLC ini akan hadir tahun ini sekaligus menjadikan penantian kurang menyeksakan. Kali ini Aloy akan mengembara ke kawasan sejuk kaum Banuk. Kewujudan kawasan baru ini bukanlah misteri bagi pemain yang memainkan semua misi tambahan HZD. Tiada tarikh bilakah ia akan dilancarkan tetapi yang pasti kami tidak sabar untuk memburu Thunderjaw dan sewaktu dengannya.


TIPS & ULASAN