Cari @ Amanz

Spider-Man Homecoming akan hadir ke layar perak bulan hadapan. Filem pertama Spider-Man di dalam dunia sinematik Marvel ini amat dinantikan selepas kekecewaan siri reboot kedua yang dihasilkan oleh Sony. Bagi yang ingin menjadi Spider-Man, trailer terbaru untuk permainan video eksklusif PlayStation 4 ini telah dipertontonkan.

Aksi yang dipaparkan mengingatkan kami kepada permainan Spider-Man 2 : The Game yang dihasilkan oleh Treyarch pada tahun 2004. Spider-Man bergerak dengan lancar menggunakan sesawang di sekitar New York. Aksi bertempur juga nampak menarik mengingatkan kami kepada siri Batman Arkham yang menerima banyak pujian dari pengkritik dan pemain. Spider-Man akan dilancarkan pada tahun 2018.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd