Cari @ Amanz

Khidmat panggilan suara Celcom mengalami gangguan pada jam 7 pagi tadi. Ini disahkan sendiri oleh akaun Xpax sebentar tadi. Turut mengalami gangguan adalah beberapa rakan kerjasama Celcom yang menumpang talian mereka, seperti WeBe, TuneTalk dan RedOne yang menumpang perkhidmatan mereka. Sungguhpun begitu tiada gangguan perkhidmatan data dilaporkan.

Gangguan ini dikatakan telah berjaya dipulihkan di Semenanjung Malaysia pada jam 9.30 pagi tadi. Perkhidmatan di Sabah dan Sarawak dijangka pulih dalam masa sejam lagi.

Namun kami masih melihat di media sosial pengguna Celcom dari semenanjung Malaysia yang merungut mereka masih gagal melakukan panggilan suara. Celcom melalui laman sosial mengatakan masalah ini hadir disebabkan oleh masalah ketika proses naik-taraf rangkaian oleh mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd