Cari @ Amanz

Knack merupakan salah sebuah permainan video yang terawal yang hadir di konsol Sony PlayStation 4, dan ianya sebuah platformer yang agak menarik untuk dimainkan, walaupun konsep permainannya agak terlalu mudah.

SIE Japan Studio, studio pembina permainan video tersebut mengumumkan kehadiran sambungan kepada Knack, yang juga dikenali sebagai Knack 2 pada awal tahun ini, tanpa sebarang maklumat lanjut diberikan.

Di acara pre-show Sony, syarikat tersebut menunjukkan trailer permainan sebenar untuk Knack 2, dan ia menunjukkan beberapa konsep baru yang tidak hadir di dalam permainan yang pertama.

Knack 2 dikatakan akan hadir pada 5 September 2017 kelak, dan seperti judul yang pertama, ia akan hadir secara eksklusif untuk Sony PlayStation 4.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd