Sambungan WiFi Anda Lemah? TM Kini Menyediakan Aplikasi Khusus Untuk Mengoptimasikannya

Sambungan WiFi Anda Lemah? TM Kini Menyediakan Aplikasi Khusus Untuk Mengoptimasikannya

Diterbitkan pada June 13, 2017 oleh .

Salah satu perkara yang paling dibenci oleh para pengguna adalah apabila rangkaian internet yang dikongsikan melalui WiFi di rumah atau pejabat adalah lemah dan tidak dioptimasikan sepenuhnya. Kini, dalam memudahkan proses berkenaan, Telekom Malaysia hadir dengan sebuah aplikasi khusus dinamakan Wifi Optimiser Tool.

Aplikasi ini khusus untuk pengguna Unifi dan Streamyx sahaja. Sebelum menggunakannya, pengguna perlu memastikan yang mana telefon pintar atau tablet yang dipasang dengan aplikasi ini berhubung dengan rangkaian WiFi berkenaan.

WiFi Optimiser Tool

WiFi Optimiser Tool

Sebaik sahaja dihubungkan, pengguna boleh menyemak dan menganalisa prestasi sambungan WiFi mereka di rumah. Seterusnya, aplikasi berkenaan akan memaparkan laporan ringkas untuknya, dan memberikan cadangan supaya anda mengubah saluran atau sebaliknya dalam menjadikan prestasi WiFi anda lebih baik berbanding sebelumnya.

Pengguna boleh mengubah saluran WiFi dengan mudah terus daripada halaman keputusan. Keputusan ini dihasilkan daripada semakan penggunaan saluran WiFi persekitaran, dan mencadangkan anda saluran yang kurang digunakan oleh pengguna disekitar anda. Sebelum dapat membuat perubahan ini, pengguna juga perlu log masuk ke penghala (router) anda.

Disamping itu, pengguna juga turut boleh menyemak pelbagai info mengenai rangkaian anda melalui aplikasi ini, termasuk berapa peranti yang berhubung ke rangkaian WiFi anda, kekuatan rangkaian, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan rangkaian Streamyx atau UniFi di rumah atau pejabat, boleh menyemak dan mengoptimasikan rangkaian WiFi anda hari ini melalui aplikasi ini.

Muat-Turun Wifi Optimiser Tool untuk Android


TIPS & ULASAN