PlayStation 4 Telah Terjual Lebih 60.4 Juta Unit Seluruh Dunia

PlayStation 4 Telah Terjual Lebih 60.4 Juta Unit Seluruh Dunia

Diterbitkan pada June 13, 2017 oleh .

Sony hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka telah menjual lebih daripada 60.4 juta unit konsol PlayStation 4 di seluruh dunia sehingga kini.

Selain daripada itu, Sony turut mengatakan lebih 487.8 salinan kandungan digital dan fizikal telah terjual untuk PlayStation 4 sehingga 11 Jun 2017 yang lepas. Ini secara kasar memperlihatkan setiap pemilih PS4 membeli sekitar 8 permainan atau kandungan setakat ini.

Sony turut berkongsi beberapa angka lain melalui pengumuman hari ini, mengatakan kini mereka mempunyai lebih 70 juta pengguna aktif bulanan dibawah ekosistem PlayStation, selain PlayStation Plus sendiri mempunyai sekitar 26.4 juta pengguna berbayar setakat bulan Mac 2017 lepas.

Dengan perkembangan sihat ini, kita mungkin melihat lebih banyak kandungan hadir ke arena PS4, termasuk beberapa permainan yang telah diumumkan pada acara E3 hari ini.


TIPS & ULASAN