Tarikh Pelancaran Destiny 2 Untuk Konsol Akan Tiba Lebih Awal

Tarikh Pelancaran Destiny 2 Untuk Konsol Akan Tiba Lebih Awal

Diterbitkan pada June 13, 2017 oleh .

Destiny 2 akan hadir pada PlayStation 4, Xbox One dan PC. Pada awalnya tarikh pelancaran diumumkan pada 8 September. Tetapi hari ini pihak Bungie mengesahkan tarikh pelancaran untuk konsol akan hadir dua hari lebih awa iaitu pada 6 September.

Bagi pemain di PC, mereka perlu menanti lebih lama iaitu pada 24 Oktober. Sesi Beta terbuka pada konsol akan bermula 19 hingga 24 Julai hadapan. Pada PC sekali lagi ia lebih lewat pada bulan Ogos. Di Malaysia Destiny 2 akan dijual pada harga RM 249 manakala edisi terhad ditawarkan pada harga RM 449. Beberapa kandungan eksklusif ditawarkan pada pemain PlayStation 4 dalam bentuk baju zirah, senjata, co-op strike dan peta.


TIPS & ULASAN