Instagram Mengaktifkan Ciri Mengarkib Untuk Semua – Kini Tidak Lagi Perlu Memadam Gambar Lama

Instagram Mengaktifkan Ciri Mengarkib Untuk Semua – Kini Tidak Lagi Perlu Memadam Gambar Lama

Diterbitkan pada June 14, 2017 oleh .

Instagram pada bulan lepas telah mengumumkan sokongan mengarkib gambar, dimana pengguna boleh memilih sebarang gambar dan menyembunyikannya daripada paparan umum. Ciri ini hanya diperkenalkan kepada sejumlah pengguna sahaja ketika bulan lepas, dan hari ini laman perkongsian gambar popular berkenaan mengaktifkan ciri mengarkib gambar berkenaan kepada semua pengguna seluruh dunia.

Instagram Arkib

Melalui pilihan mengarkib gambar berkenaan, pengguna boleh menyembunyikan gambar daripada dilihat pengguna lain, dan hanya untuk tatapan anda sahaja.

Untuk mengarkib sesuatu gambar, anda boleh memilih sebarang gambar, menekan pada butang menu dan memilih “Archive” atau “Arkib”.

Instagram Arkib

Ciri ini juga akan memudahkan anda menguruskan paparan akaun anda dengan lebih baik, dan tidak lagi perlu memadam sebarang gambar lama anda, sebaliknya memilih untuk menyembunyikannya.


TIPS & ULASAN